Rabu, 5 Disember 2018

Nappy cream yang parents kena tahu.

Ok, posting kali ni nak cakap berkenaan 3 jenis nappy cream yang aku dah setia dari anak sulung sampai yang ke 3.


Sedikit nasihat untuk ibu-ibu.Anak-anak kita (baby yang masih berpampers), pakai pampers satu hari! Which literally means, ia dah jadi macam seluar dalam yang kita pakai.





Bezanya cuma ia tebal dan angin susah nak masuk! Kalau dulu-dulu, baby ni kita pakaikan napkin kain yang kita memang kena standby 24 jam hadap bumbum baby, sebab kalau lambat tukar,nampak gayanya melecetlah punggung baby yang halus tu.Sakit oiii!


Tengok gambar ni ni! Kalau ni jadi pada baby, nak merawatnya satu hal, baby asyik menangis menahan sakit.Parents pulak letih nak pujuk baby! Kadang-kadang ada kes sampai terganggu kualiti tidur parents waktu malam.

Jadi apa yang aku buat,aku akan make sure sapu cream ni tiap kali lepas baby mandi dan lepas cuci punggung.


Cream ni untuk rawat dan prevention.Tapi, ni nak pesan, kalau baby kena cirit-birit yang sentiasa ada discharge,cream ni dah tak jalan.Which means you have to switch to another substance.
💥Ingat,jangan cari cream yang ada base steroid ye.Sebab steroid cream ni menghakis kulit.Kulit mungkin lega seketika tapi,kulit yang dah sedia merengsa tu, mungkin jadi bertambah parah sebab makin lama, ia makin nipis.Tolong minta penjelasan doktor anda tentang cara aplikasi cream steroid jika perlu diguna pada baby anda ya.


Cream kedua yang aku pakai, untuk cik baby masa kena diaper rash sebab cirit -birit ialah  cream ni.Tapi tak jalan jugak, sebab dah ada luka kat kulit dia.Cream ni jadi panas pada kulit punggung baby dan anak aku nangis bila sapu cream ni.Then immediately aku STOP.Aku berhenti pakai ni hingga luka kat punggung anak dah pulih dan baru pakai semula.Rupanya cream ni untuk rawat yang mild nappy rash.

Sudahnya aku pergi klinik kesihatan di hospital PUTRAJAYA.Dia bagi aku Pure Zinc Cream.Cream ni untuk kulit melecet.Memang power habis dan sangat berkesan! Lecet tu terus kering dan anak terus tak nangis.Cuma nak bagi tahu, cream ni dia likat dan pekat. Bila sapu kat bumbum cik baby,dan nak basuh najis dia, memang kena pakai sabun dan cuci bersih-bersih sebab dia akan melekat pada punggung.


Baru-baru ni, cik baby kena lagi cirit-birit.Maklumlah gigi bahagian atas nak keluar serentak! Geraham, taring, semua nak keluar.Sampai cik baby jadi moody, demam dedar,cirit-birit pun kena.So, aku pun pergi cari option zinc cream kat farmasi.Aku jumpa cream ni.


Ok, cuba pakai cream ni kat cik baby dan hasilnya sangat memuaskan! Luka nappy rash sembuh dan kulit bumbum pula makin cantik! So hati happy dan muka pun ada senyum 😊

Ok parents semua. * Perlu diingatkan, kondisi tiap anak berbeza, jadi kalau cara yang saya dah usaha ni tak sesuai untuk anak anda, sila bawa pakar kanak-kanak ye.Tak guna spent duit dengan try and error banyak sangat sampai sama nilai dengan jumpa pakar.Ok parents, jagalah anugerah Allah ni dengan hati yang ikhlas.Semoga apa yang baik kita buat,dibalas baik kemudia hari😇


Moga Bermanfaat.







1 ulasan:

  1. akak terima kasih tolong rekomen kan krim-krim nie...memang susah skrg nie nak cari krim yang bersesuai dgn kulit...saya nak cuba krim zinc la lepas nie...terima kasih akak untuk post nie!

    BalasPadam