Day 1.
oh my..
Baru sempat upload gambar-gambar ni tatkala malam tiba..Lokasi atas katil tidur.Bilik 1093 hotel regency..hehe..Tadi siang punya gambar tak dapat upload sebab bateri phone habis.
So gambar I bersepah kat camera student..
Ni pose masa nak mula bertolak dalam bas.Perjalanan bermula jam 11 malam.Perjalanan mengambil masa 8 jam.Kami sampai di Imigressen Wang Kelian sekitar jam 7 waktu Malaysia.Kalau korang nak tahu, waktu Thailand hanya tolak 1 jam dari masa Malaysia.Hmmm kiranya dia lewat sikitlah.Sampai-sampai je di wilayah Satun atau dikenali sebagai buah setui di negara kita, kami terus buat komuniti servis di Kampung Tamalang.Haaaa... macam mana dapat nama Tamalang? Dulu-dulu ada pasangan pak tam dan maklang naik bot dan turun di kawasan tu.Haa sebab tulah nama kampung tu Tamalang! Kami naik bot tumpang nelayan tau! Nak ke sana tu..tapi alkisahnya gambar tak dapat nak tunjuk..bateri phone habis daaa sebab tak bawak power bank..phew..phew..
Okay, now kira kira jam 3 lebih waktu Thai, kami sampai di Regency Hotel Hat Yai.Kat Thailand ni, dia orang pakai semua plug jenis ni ye! Kalau korang nak melawat Thailand jangan lupa bawak plug ni.Kalau terlupa, boleh beli adapter kat tepi-tepi jalan dia harga bermula 300 bth hingga 500 bth.
Ha! ni lagi satu barang yang I cant leave home without it kalau nak jalan jauh.Minyak Afiat ni dah berbakti kat kawan aku Adly sebab dia sakit perut.It will become very handy when in need!
Penat tak? huihhhh memang penat lah...malam tu kami diberi masa lebih kurang 4 jam untuk bersiap sebelum nak buat gala night disini.Dalam jam 8 waktu thai Gala Night bermula :) Hmmm team aku buat persembahan tarian Bangra. Banyak lagi team lain buat persembahan pelbagai jenis tarian!Seronok sangat:)
Hehe pose depan cermin sikit, cantik ke tidaaaaakkk?? Of coarse I jawab malatop! kahkahkah.
Nak dijadikan cerita team kami menang juara tarian Bangra.Fuh memang rasa berbaloi-baloi lah pergi cari Little India kat Kelang beli baju ni.Credit tu hubby Mr.Mohd Nasri A.Manan and my kids! Guna Waze g sana weii! Curlass Vass!
Gedebuk-gedebak..lepas event habis..Kami bertebaran keluar melihat-lihat tanah Hat Yai.
Di sini 80% dari penduduknya adalah Islam.Jadi macam mana nak kenal penjaja jalanan ni Islam ke tidak, dia pakai tudung,dan digerai dia ada tulis Bismillah,Allah,Muhammad atau gambar bulan atau bintang (cerita kawan-kawan) kalau takat pakai tudung je belum tentu halal.Ada diantara mereka yang pandai cakap Melayu sikit-sikit
Nampak tak lori kecik tu? Yesss ni lah tuk tuk kat sana..harga dia kalau nak pusing pergi balik satu Hat Yai 200 bth je, atau RM 2.
Muka dah letih..tapi ada satu benda yang aku cari....jeng..jeng..jeng..
Haa yang ni Complex Pink Lady..Malam-malam ada hiburan nyanyi-nyanyi 18sx kat dalam (kata guide kami Hasan)
Ni, antara makanan di gerai-gerai kat sana.Udang galah besar besar! Harga anatara 200 hingga 300 bth sahaja.
Ada udang, ayam, burung puyuh..layannnnn
Haaaaaa ini dia yang aku cari! the famous pulut mangga! atau kat sana panggil Mango sticky Rice.
Rasa dia? Macam pulut kita, letak santan...then makan ngan mangga harum manis.Pulut tu 50 bth.Teh tarik 20 bth.Tukar duit kita dalam Rm 7 jer
Yang kat atas ni kuih cakoi.Rasa sama macam kat Malaysia je.
Okay dah penat..Satu hari jalan..Balik zzzzzz esok nak sambung jalan! Yeayyy!
youtube: how to create videos on youtube and how to
BalasPadamyoutube: how to create videos on youtube and how to YouTube: how to create videos on youtube and how to youtube: how to youtube to mp3 online create videos on youtube and how to