Jumaat, 13 September 2013

Sambung..Hat Yai Travel Log.

Day 2.

Selamat Pagi Dunia! Makan breakfast dulu ya. Haaa satu benda nak bagi tahu kat korang..makanan mee goreng atau mee hoon goreng kat Thailand ni lain sikit rasanya! Macam mana lain? Hmmmm dah macam gula tumpah dalam mee lah manisnya! Okay aktiviti hari ni.Awal-awal pagi lagi , lepas breakfast kami bergerak ke destinasi seterusnya untuk komuniti servis.Group aku dapat ke masjid di wilayah Songkhla.Kami bersihkan serba sedikit dan kami beri sedikit sumbangan wang ikhlas.Gambar...hmm ada pada jurukamera terlantik lahhh..

Destinasi seterusnya adalah Samila Beach di wilayah Songkhla.Kat seni ais krim kelapa sangat popular! Sampai dua kalilah aku makan. hehe.Cuba tengok..Bos aku En.Norsham Omar belanja daaaa :) Dalam ais krim ni ada lapisan roti kiub, ais krim kelapa yang lemak berkrim,Halwa betik manis dan kacang yang ditabur.Sedap tau!



Peniaga kat sini kreatif! macam-macam jualan makanan yang dia orang hasilkan.


Cuba tengok makcik kat bawah ni.Dia jual telur yang dibakar dengan bara api yeee..Sedap.


 3 biji telur = 20 bht.

Telur di lubang dan dimasukkan perasa.Yang aku beli ni, perasa black pepper.Hanyir telur hampir tiada.Diganti rasa macam makan keropok Rota! Msg lahhh tewwww..
 Cuba tengok, bila dia dah masukkan perasa, telur dikacau dan terus dibakar.Hasilnya...kuning telur tiada sama sekali!

 Nampak tak? Bintik-bintik hitam tu lah black pepper.

Kat pantai ni ada tugu duyung.Guide aku kata..dulu takda kain putih yang tutup kat dada duyung tu,, tup tup hari ni ada baju lah pulak! Tak tau sapa punya gheja daaa.
Alkisahnya..ada seorang nelayan tua kat pantai Simila ni nampak duyung..dia balik cerita kat orang kampung, ada yang percaya, ada yang tidak.At last cerita ni sampai ke pengetahuan raja, kemudian depa pun bina lah tugu duyung niiii..
Nampak kat belakang aku? budak-budak dah kerumun..duyung pun hilang..Pheww sib baik sempat pose!

Makan time! Balik dari pantai kami makan di restoran Sami Kitchen. Boleh tahan sedap.
Tapiiiii tom yam dia pedas gile! Kalau tersedak makan ni...mau keluar air idung dibuatnya!


Dah habis makan, kami dibawa ke Nora Plaza. Budak-budak ni shopping dah macam kena manderem dah..Nak masuk je pintu ni depa bagi 20% kad diskaun..Macam-macam ada..Bagi pandangan aku..kat sini tak ubah macam Haji Ismail Group atau shopping center kat langkawi kita! Apa-apa pun Malaysia di hatiku.Nothing to compare to Malaysia..






Okay aktiviti petang kami tiba ! Ohh..ohh, kami ibu-ibu dah bersedia nak shopping! Weeehuuuu!

Ni antara barang hiasan eksotik 18 sx yang aku berjaya snap kat Hat Yai.
Kak Bed beli buah duku. Di Thailand, industri agriculture adalah industri ke 2 terbesar selepas industri seks.Hasil tani mereka memang superb! buah-buahnya kekar,gebu!

Okay kat belakang aku ni 7 eleven.. & 7 eleven kat sini sangat banyak! selang 4 kedai mesti ada kedai ni.Dia dah jadi pit stop kat sini.Semua urusan baik bayar segala bil dan macam-macam lagi dijalankan di 7 eleven dan kedai ni pulak besar..tak sama macam 7 eleven kita di Malaysia.

Hmmm dah penat jalan-jalan..tapau ni 50bth.. bawak balik makan dalm bilik..yum..yummm..


HA! Ni dia hasil tangkapan untuk shopping kali nih! Alhamdulillah Syukur :)


Malam merangkak tiba..kami dibelanja makan oleh geng tour guide Thailand ni di restorang muslim..Tips untuk korang make sure perhati dulu cutleries dia..cozzz ada bau tikus masa aku kat sini.Tawakal pada Allah ja..lap dengan tisu basah cutleries dia,,apa yang patut lah..Alhamdulillah kami dilindungiNYA..





Makan memang power kat Thai ni..Semua sedaplah kiranya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan