Assalamualaikum,
Hari nie nak cerita pasal kami kena pindah ofis baru.Kami dengar macam-macam cerita seram yang ada pasal ofis baru nie.Entahlah..harap-harap minta dijauhkan dari sebarang gangguan hamba-hamba Allah yang aku tak nampak dengan pandangan mata kasar manusia ni.Hari tu ustaz dah datang, kami baca doa beramai-ramai.Elok je kami baca ayat kursi tetiba lampu ofis trip.Gelap kejap.Hanya Allah yang tahu debaran yang melanda dalam hati kai masing-masing.Desas-desus kata,ade dengar yang ustaz cakap-cakap ngan geng ustaz yang trip tu sebenarnya gangguan benda-benda tu.Wallahhualam.
Elok je habis baca doa,dapat pulak news yang kami kena tukar bilik pulak..Sudahnye petang kami dipenuhi dengan hati-hati yang panas dek kerna kena tukar bilik pasal mulut hamba Allah yang sorang nie.Huh..letih lah nak kena angkat barang balik.Dalam keadaan aku yang pregnant nie, bantuan kengkawan amatlah diperlukan.Bagi yang tak fahm tu..nanti bila tiba masa korang, korang tahu lah.Dunia ni bulat.Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.We never knew what might come into us.So lets pray for the best while cherish your day with wonderfull friend.
Orang kat bilik DFS pun tak habis ngemas lagi, jawabnya hari Sabtu 9 Oktober 2010 jugak la baru kami boleh masuk tempat tu.Hari Isnin seterusnya akan dimulakan dipejabat baru! Semoga aku dan kengkawan dilindungi hendakNYA.Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan