Selasa, 13 Julai 2010

GGG...dah lama tak menulis..PENGALAMAN..

Argh..lama tak tulis.Banyak yang dah terhimpun dalam memori aku ni.

Hari-hari berlalu dengan aku MC dirumah.Dah 8 hari.Kebosanan melanda jiwa.Kenapa aku MC? Segalanya bermula bila 1 hari aku merungut dalam facebook pada kawan aku..Aku tulis "Amy, aku rasa penat sangat..letih sangat..aku rasa nak cuti panjang..nak rehat kat rumah.Amy jawab..Puan Ayu (bos aku) bagi ke??Kata-kata tu tergantung kat situ...

Betullah, kita ni tak boleh nak celupar atau cakap banyak sangat.Sebab tiap kata-kata kita tue ade malaikat yang mengaminkan.Sampai satu hari, aku bangun pagi macam biasa.Badan dan jiwa rasa letih sangat.Malam tadi 05.07.10, aku sampai rumah pukul 11 malam.Kelas restaurant operation lambat habis.Dan pagi ni kolej ada event 'go gempaks'. Kenalah muncul awal sikit.Walau tak turun padang, at least bagi sokongan moral dengan tunjuk muka pun kira ok lah.

Sampai je, aku di kolej (dalam keadaan penat dan tak breakfast,hanya sempat ngap sekeping roti kentang) aku terus berjalan ke belakang blok A.Aku duduk memerhati.Tunggu punya tunggu,takde orang berarak lagi.Aleh-aleh matahari dah terpacak kat atas kepala! Dah pukul 1.Tekak rasa haus.Kedai sebelah ada jual air 'asam boi limau nipis ais'.Hmmm..eloklah tu..aku pun haus nie.Aku pegi la beli dan tak tau bahawa air tu sebenarnya 'tajam' untuk ibu mengandung! Sedut punya sedut, haus pun hilang..Tapi badan dan perut rasa lain macam.Elok je pasukan perarakan nak berjalan masuk, aku rasa ada sesuatu yang panas keluar! Macam period?? Tapi tak kan laaa.Aku kan ngandung??? and I choosed to stand there for a few second! Rasa lain benar, macam 'benda tu' tak berhenti-henti keluar! Aku panik! Aku berjalan ke blok B.Naik, tingkat 2 nak g toilet.Ada orang pulak! Naik tingkat 3! Check-check....Subhanallah! DARAH! BANYAK! Aku bergegas turun bawah jumpa Maslina minta dibawak g hospital, dia panik.At last Yana tolong aku. Dia bawak aku g KPJ Selangor Specialist.Doktor Siti Esah terus tahan aku masuk wad.Bermalamlah aku 3 hari 2 malam kat sana.
Ohh sebut pasal Yana,,hanya Allah yang dapat balas jasa baik kau pada aku disaat aku memerlukan seseorang! Thanks Yana. Kau sahabat yang baik walau kekadang kau 'a bit kecoh'! Ahahaha..Jangan marah Yana,gurau je. Aku sangat hargai bantuan kau.

Aku harap sangat,aku dapat lahirkan anak ni dengan selamat dan aku serta baby sihat.InsyaAllah.Bukan senang nak jadi ibu tau! Aku pun tak faham kenapalah ade orang tergamak buang-buang je baby tue..Nauzubillah.

Ok.Nanti aku tulis lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan