Hai.
Dah agak lama aku tak menulis blog ni.Dalam masa ni, aku jumpa banyak jenis manusia dan banyak ragam.Hmmm dalam masa terdekat ni, aku akan hilang sorang kawan sebab tukar tempat kerja.Dia kawan yang baik.Ada juga kawan yang tak baik.Bila depan kita, lembut tulang dari lidah, pijak semut pun tak mati.Tapi bila belakang kita, bawak mulut ke sana sini.Dia ingat aku takde kawan ke nak cerita? nak kongsi suka duka? Takpe.. Aku percaya what goes arround comes arround.Allah tu maha adil,maha mengetahui.Kerana kawan aku bahagia.Kerana kawan aku berduka.
Kalau nak kenal betul ke tidak dia sebetul-betulnya kawan kita atau tidak,kita kena kawan dulu dengan dia lama-lama baru kita tahu.Bagi aku, senang je..kalau nak nilai kawan,di saat kita sakit, terbaring, lemah tak berdaya..Siapa yang melawat kita?, Siapa yang jengok-jengok kita?..Siapa yang berkongsi tawa dan derita kita?...Dia ialah kawan kita.INSYAALLAH selamanya.
Alasan jalan jem,rumah jauh,tak tau jalan semua tak boleh pakai.Bak kata kawan aku yang sorang lagi ALA SESAT-SESAT PUN DALAM MALAYSIA! Ahah kawan aku yang ni, semua dia redah! Jadi itulah gunanya kawan, jaga hati kawan.Sama ada kita sedar atau tidak.Bukan semua orang suka dengan kata-kata atau lawak-lawak kita.So..cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Ok lah kawan-kawan, nanti aku sambung tulis lagi.Mengantuk dah ni.
Adios..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan