Ok lah nanti aku sambung tulis lagi..
Sabtu, 29 Januari 2011
DIARI UMI
Hari ni adalah hari yang ke 17 aku berpantang di rumah mama.Oh..kalau difikirkan memanglah tak selesa sebab bukan di rumah sendiri ..biasalah semuya orang pun sama.Tapi alah bisa tegal biasa.Aku masih mencari rentak untuk menjaga anak lelaki aku sendiri.Terkial-kial jugak bila dah lama tak handle baby ni.Rupa-rupanya nak jaga baby boy ni bukan mudah.Anak lelaki ni mudah sungguh masuk angin dan kena kembung perut.Sudahnya nangis tak henti-henti.Ape lagi naik kalut aku dibuatnya sapukan minyak angin ke perut anak aku,takut nanti kena angin pasang.Nauzubillah.Anak sulung aku pulak,ade je kerenah dia nak mengusik adik barunye.Aku dapat rasakan yang dia rindu sangat nak balik rumah kami di Sungai Buloh ni.'Home Sick' kate mat saleh.Sebab tu dia banyak akal ngusik adiknya kot.Tapi ape pun mama aku adalah insan yang paling banyak bantu aku.Terima kasih mama.Kalau lah aku mampu beli emas yang paling banyak dan yang paling mahal,mama adalah insan yang aku akan hadiahkan emas tu.Benar kata bidalan kasih ibu membawa ke syurga.Walau mama bekerja di pejabat,saban hari dia akan pulang jam 12 tengah hari untuk mandikan anak aku kerana aku belum kuat nak mandikan anak aku sebab aku bersalin melalui cara pembedahan.Tempoh pemulihannya lebih lama dari bersalin normal.Mama,kakak sayang sangat dekat mama.. ;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan